BiLa hAtI SuDaH BeRkAtA-KaTa

Khamis, 9 Disember 2010

MENGENAL DAJJAL AKHIR ZAMAN

SOALAN: Saya kerap mendengar ceramah agama yang membicarakanalamat-alamat kiamat termasuk kemunculan Dajjal pada akhir zaman.Soalan saya ialah siapa Dajjal yang dikatakan itu? Bilakah kiamat akanberlaku. Bagaimana sifat-sifat Dajjal yang sebenar dan apa peranannyasetelah dia muncul nanti dan adakah Dajjal itu menjadi sebahagiandaripada akidah umat Islam yang wajib dipercayai. - KHAIRI, KotaBharu, Kelantan.

Jawapan: Tarikh tepat kejadian hari kiamat tidak dapat ditentukan olehsesiapa kerana ia termasuk dalam `ilm al-ghaib yang tersembunyidaripada manusia. Tiada siapa mampu mengusahakan ilmu ini, sekalipundia seorang nabi atau rasul utusan Allah.

Namun tiada siapa pula yang menafikan bahawa kiamat hampir tibawaktunya. Baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis riwayat Jabirmenyatakan: Jarak antara kiamat dan kebangkitanku, seperti antara jaritelunjuk dan jari hantu. Maksudnya dekat dan tidak dipisahkan dengankebangkitan mana-mana nabi lagi. (Hadis riwayat Bukhari dalam kitabal-Tafsir 8/530 Muslim dalam kitab al-Fitan, bilangan 2950).

Antara tanda-tanda besar kiamat ialah terbitnya matahari waktu pagidari arah barat, munculnya Ya'juj dan Ma'juj, turun Nabi Isa a.s.,keluar haiwan ganjil dari perut bumi, muncul Dajjal dan lain-lain.Kemunculan Dajjal dianggap antara tiga manusia yang ditunggu-tunggusebelum kejadian kiamat, di samping Nabi Isa dan Imam Mahdi.

Kemunculan Imam Mahdi dan Dajjal perlu diteliti dengan tenang keranasekian ramai individu yang mengaku dirinya Mahdi, bahkan tidak kurangjuga individu yang didakwa sebagai Dajjal, kerana tabiatnya yang sukaberdusta dan menipu.

Banyak hadis membicarakan kemunculan Dajjal sebagai salah satu antaratanda-tanda kiamat. Ada hadis yang disifatkan sebagai sahih dan adayang tidak sahih, tetapi keseluruhannya boleh disimpulkan bahawaDajjal bukan sesuatu yang dongeng atau tidak berasas. Kewujudanriwayat berhubung Dajjal daripada pelbagai sumber menunjukkan iaadalah suatu hakikat, bukan cerita dongeng.

Hadis yang paling sahih tentang kemunculan Dajjal ialah hadis riwayatMuslim yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w. selalu memohon doa agarAllah melindunginya daripada fitnah Dajjal. Doa dalam bahasa Arab itumembawa maksud: Ya Allah! Aku berlindung kepadamu dari azab nerakajahanam, aku mohon berlindung kepadamu dari azab kubur, aku mohonberlindung kepadamu dari ujian hidup dan mati dan aku mohon berlindungkepadamu dari fitnah Dajjal.

Berpandukan riwayat ini, Ibn Hazm al-Zahiri memutuskan, doa di ataswajib dibaca selepas membaca tasyahhud akhir. Sesiapa yang tidakmembaca, maka tidak sah solatnya (al-Muhalla 3/277). Ini bermakna,sesiapa yang tidak membaca doa ini dalam tasyahhudnya, nescaya batalsolatnya.

Tawwus Ibn Kaisan, seorang ulama khas terkemuka, menyuruh anaknyamengulangi solat apabila didapati anaknya tidak membaca doa itu.Justeru pentingnya doa agar dilindungi kita daripada fitnah Dajjal,maka seorang ulama besar, Abdul Rahman al-Muharibi menyarankan agarguru-guru kelas tadika mengajar doa itu kepada murid-murid mereka.

Al-Safarini juga menyatakan, orang berilmu perlu mengajar doa inikepada anak-anak, isteri dan keluarganya, bahkan kaum lelaki jugahendaklah membaca, kerana akhir-akhir ini ramai Dajjal yang sukamenipu dan menyebarkan fitnah. Tetapi siapakah Dajjal itu?

Tiada kata putus menyatakan Dajjal itu siapa. Mungkinkah ia makhlukjin atau manusia, atau bukan jin dan bukan manusia? Saya perturunkandi sini beberapa riwayat dan pendapat yang menyatakan individu itu.Antaranya:

1. Dajjal ialah syaitan dari keturunan iblis. Ia kini dipenjarakan disebuah pulau di negeri Yemen. Tidak diketahui siapakahmemenjarakannya, mungkin Nabi Sulaiman atau lain-lain nabi pada suatuketika dahulu.

Diriwayatkan, mata rantai yang mengikat Dajjal ini terputus satu matapada setiap tahun. Apabila tiba waktu kemunculannya, semua mata rantaiitupun terungkai dan tidak dapat disambung lagi. Sumber-sumber lainpula menyatakan, Dajjal adalah anak kacukan yang dilahirkan daripadaibunya jin dan bapanya manusia.

Sebagai kesimpulan, Dajjal ialah syaitan yang akan lahir pada akhirzaman. Syaitan Dajjal ini mungkin keturunan jin atau manusia, bahkanmungkin makhluk kacukan antara jin dan manusia. Pada suatu hari nanti,ia akan dibebaskan daripada penjara dan tiba-tiba muncul di kalanganmanusia.

Pendapat ini diperkukuhkan juga dengan suatu peristiwa yang berlakukepada Tamim Ibn Aus al-Dari yang menceritakan tentang peristiwaal-Masih al-Dajjal, katanya:

Pada suatu hari, aku menaiki sebuah sampan bersama 30 orang penumpanglelaki dari suku Lakham dan Juzam, tiba-tiba kami dipukul ribut, laluhanyut dan memaksa kami mendarat di sebuah pulau pada waktu mataharihampir terbenam. Kami menemui suatu lembaga berbulu tebal sehinggatidak dapat dibezakan antara kemaluan hadapan dan belakangnya. Kamibertanya kepada lembaga itu: Siapa kamu? Jawabnya: saya ialahal-Jassasah.

Kami kebingungan dengan jawapan itu, lalu kami bertanya lagi: Siapaal-Jassasah itu? jawabnya: Jika kamu semua ingin tahu ceritanya,pergilah berjumpa seorang lelaki yang tinggal di sebuah pondok kecildi pulau ini. Lalu kami dengan segera menemui lelaki itu, kami dapatiia seorang manusia yang besar badannya, tangannya sedang dipasung kelehernya. Pengulas-pengulas hadis menyatakan, kemungkinan lelaki iniialah Dajjal yang dikatakan sedang dipenjara di sebuah pulau di Yemen.

Saya berpendapat, setakat ini belum kedengaran penjara ini ditemuimanusia, walaupun pulau-pulau yang ada hari ini telahpun diterokaimanusia dan dijadikan pusat-pusat peranginan bagi pelancong luar dandalam negara. Kiranya benar wujud lelaki yang dipenjara itu, nescayapasti ada orang yang mengetahuinya.

2. Ada pula riwayat menyatakan Dajjal itu ialah Saf Ibn Sayyad. Beliaudilahirkan di Madinah pada zaman awal Islam, ibu dan bapanya keturunanYahudi. Beliau memiliki sifat-sifat yang disebut dalam hadis iaitusebelah matanya buta, pendusta dan tertulis perkataan kafir di antaradua matanya.

Hadis riwayat Muslim menyatakan, pada suatu hari nabi bersama-samaUmar Ibn al-Khattab berjalan-jalan di pinggir Madinah, tiba-tibamereka ternampak seorang budak remaja sedang bermain dengankanak-kanak dalam sebuah bangunan kepunyaan Bani Maghalah. KedatanganRasulullah tidak disedari oleh budak itu hingga baginda menepukbelakangnya dan bertanya: Setujukah kamu mempercayai aku ialahRasulullah. Jawabnya: Aku setuju menyaksi bahawa kamu rasul orang ummi(buta huruf), ia kemudian bertanya nabi: Kamu pula bagaimana:Setujukah mempercayai aku sebagai Rasulullah? Lalu nabi menolakpertanyaannya sambil bersabda: Aku beriman kepada Allah dan rasul-Nya.

Kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. ramai yang menyatakan Ibn Sayyadyang ditemui nabi itu ialah Dajjal besar. Antara mereka ialah Umar Ibnal-Khattab, Abdullah Ibn Umar, Ibn Mas'ud dan lain-lain.

Jika benar Saf Ibn Sayyad itu Dajjal agung yang bakal muncul padaakhir zaman atau sebelum kiamat, maka kemungkinan ia juga jin keranaIbn Sayyad dilahirkan pada zaman awal Islam dan akan muncul pada akhirzaman. Umur sepanjang itu biasa wujud pada makhluk jin, tidak padamanusia.

3. Beberapa tahun yang lalu, saya pernah membaca sebuah buku tulisanUstaz Amaluddin Darus. Beliau adalah seorang aktivis politik Islamdalam tahun 60-an. Beliau berpendapat Dajjal ialah kuasa-kuasa besardunia, iaitu Rusia dan Amerika pada waktu itu. Tetapi sayang buku ituhilang daripada simpanan perpustakaan peribadi saya untuk dibacasemula hujah dan alasan yang diberinya.

Saya sangat berbahagia jika ada pembaca yang memiliki buku itu sudimengirimkan kepada saya satu naskhah atau salinan fotostat untukdikaji semula pemikiran yang bernilai emas itu. Perkongsian pembacauntuk mendapatkan buku itu amat dihargai.

Sesungguhnya pendapat Ustaz Amaluddin itu ada kebenaran dan nilaiilmiahnya, bahkan wajar dikutip penyelidik untuk dikaji semula. Sayaberpendapat, jika Amaluddin berpendapat begitu, maka pemikiran beliaudapat diperkukuhkan lagi dengan alasan-alasan berikut:

Pertama: Dajjal yang dimaksudkan itu bukan individu tertentu, sama adajin atau manusia atau makhluk kacukan antara jin dan manusia. Dajjalpemusnah manusia dalam bentuk kuasa ketenteraan atau disebut jugakeganasan. Tetapi istilah keganasan ini telah dikelirukan oleh Dajjalsendiri, apabila pengganas menamakan orang lain sebagai pengganas bagitujuan menyembunyikan dirinya yang merupakan pengganas sebenar.

Kedua: Alamat Dajjal disebutkan dalam hadis sebagai buta sebelah mata.Maksudnya tidak dapat menilai sesuatu dengan adil dan saksama.Memangpun kuasa-kuasa besar di dunia hari ini disifatkan sebagai butaatau sengaja membutakan sebelah matanya, iaitu apabila mereka tidakdapat melihat dengan adil isu-isu Palestin, Kashmir dan lain-lain.Mereka mempunyai kayu pengukur yang berbagai-bagai apabila bercakaptentang hak-hak manusia. Mereka menindas sesiapa juga yang merekabenci dan membela sesiapa yang mereka suka. Sifat ini lebih sesuaidengan orang yang hanya mampu melihat dengan sebelah mata.

Ketiga: Makna yang diketengahkan oleh Ustaz Amaluddin itu lebihmerupakan makna majazi (simbolik) bukan hakiki. Penggunaan maknasecara simbolik tidak menyalahi kaedah bahasa, kerana makna hakikiyang diketengahkan itupun masih jauh dan banyak yang diperselisihkan.Ini sama juga dengan istilah Nabi Khidir yang dikatakan wali dan masihhidup hingga kini. Apakah Khidir itu individu tertentu atau iamerupakan simbol bagi martabat wali yang silih berganti? Kedua-duanyaada dalil dan ada hujah masing-masing.


Pengenalan KiamatHari kiamat adalah hari berakhirnya kehidupan dengan kegoncangan Bumiyang amat hebat (Al-Zalzalah/kegoncangan). matahari digulung,bintang-bintang berjatuhan, lautan meluap, dan langit lenyap(At-Takwir :1,2,3,6, dan 11). Hari itu disebut juga sebagai pertandadimulainya kehidupan di alam akhirat yang Baka (kekal abadi).

Tanda-tanda Shugra (kecil) :


Ajaran Islam kurang diperhatikan oleh kaum muslimin. [ Wujud ]Perzinaan sudah menjadi suatu kebiasaan di masyarakat luas karenamemperoleh izin dari negara. [ Wujud ]Mabuk-mabukan dilakukan terang-terangan, seolah bukan hal yangdiharamkan. [ Wujud ]Jumlah orang perempuan semakin melimpah dibanding dengan laki-laki danmereka sudah tidak malu lagi berpakaian setengah telanjang. [ Wujud ]Tanda-tanda Kubra (besar) :

Matahari terbit dari Barat.Keluarnya binatang aneh dari dalam Bumi yang memakai cincin NabiSulaiman as., dapat berbicara dengan manusia dan memberi tandabertuliskan "kafir" kepada orang-orang yang tidak beriman.Turunnya Imam Mahdi ke dunia untuk meluruskan syariat Islam danmenghidupkan sunah-sunah Rasul.Keluarnya Dajjal, sosok yang digambarkan Nabi Muhammad sebagaikeburukan terbesar sejak kelahiran Adam As.Turunnya Nabi Isa As. dari langit yang akan menjadi hakimmemperjuangkan kebenaran bersama Imam Mahdi.Rusaknya Ka'bah atau Baitullah Al-Haram.Lenyapnya tulisan-tulisan dalam Al-Qur'an dan tak seorang pun ingatbunyinya.Segenap umat manusia menjadi kafir dan inilah tanda terakhir menjelanghari kiamat.Setelah itu Allah Swt. mematikan segala jenis makhluk yang masihhidup, rangkaian peristiwanya sebagai berikut :Nafkhatan

Iaitu dua kali tiupan sangsakala oleh malaikat Israfil. Tiupanpertama, yaitu saat tiba hari kiamat di mana semua makhluk harus mati.Dan tiupan kedua sebagai tanda dihidupkannya umat manusia dari kubur.Selisih waktu kedua tiupan itu selama 40 (entah hari,bulan, atautahun) lamanya.

Ba'ats

Yaitu hari dibangkitkannya manusia dari alam kubur. Keadaan manusiapada saat itu berbeza-beza sesuai dengan amal ibadahnya di dunia.

Hasyar

Iaitu hari dikumpulkannya manusia di Padang Mahsyar saat menunggudiputuskan apakah berhak masuk surga atau neraka. Di tempat ini ujuddan rupa manusia berlainan, tergantung tingkah lakunya di dunia.

Syafa'at Udhma

Iaitu pertolongan Nabi Muhammad untuk seluruh makhluk. Beliau memohonkepada Allah Swt supaya secepatnya diadakan hisab, mengingat keadaandi Padang Mahsyar sangat menyiksa. Allah mengabulkan.

Hisab

Iaitu perhitungan amal baik dan buruk.

Mizan atau Timbangan (neraca)

Iaitu penimbangan antara pahala dan dosa setiap manusia.

Ita-ul Kitab

Iaitu pemberian catatan amal masing-masing.

Haudh atau Telaga

Setiap Nabi memiliki Haudh untuk memberi minum umatnya. Nabi Muhammadmempunyai haudh bernama Kautsar. Namun hanyalah calon penduduk surgayang dapat merasakan lezatnya air itu.

Shirath

Jambatan yang menghubungkan Padang Mahsyar dengan surga. Menurutketerangan sahabat Abu Said ra., jambatan ini lebih kecil dari rambutdan lebih tajam dari pedang.

Surga dan Neraka

Orang yang berhasil melintasi Shirath akan sampailah di Surga.Sebaliknya yang gagal akan jatuh ke Neraka. Berhasil tidaknyamelintasi jembatan tersebut ditentukan oleh amal ibadah semasa di dunia.

TANDA TANDA KIAMAT

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedangberbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalubertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"

Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadisebelum kamu melihat sepuluh tanda :-


1.. Asap

2.. Dajjal

3.. Binatang melata di bumi

4.. Terbitnya matahari sebelah barat

5.. Turunnya Nabi Isa A.S

6.. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj

7.. Gerhana di timur

8.. Gerhana di barat

9.. Gerhana di jazirah Arab

10.. Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempatpengiringan mereka.


Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinyasejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apasahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinyaTuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulisperkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari.Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin sepertiterkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orangmabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar dikota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yangfasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.Sdan cincin Nabi Sulaiman A.S.

Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman,maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yangberiman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, makaakan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akanmembunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat NabiMuhammad S.A.W.

Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan.Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjujitu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh IskandarZulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitungbanyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidakakan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda,bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujandan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi dimerata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kayadiagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid,para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam ituhanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja,Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid,sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orangyang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akantimbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dankesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkantanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikanseperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar laindaripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakaiibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suaralantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik,oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya danbukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tandakiamat."

Rabu, 8 Disember 2010

Kereta idamanku......




27-11-2010






tarikh keramat....
apakah tarikh itu....??
penting sangt kew..????
hmmmm....mari kita pkiaq sejenak..
apakah makna ataw sejarah di sebalik tarikh i2...

jeng..jeng..jeng....

hmmm 2 tarikh pernikahan dan persandingan maksu kesayangan aku..hehehhe...
selamat pengantin bru maksu............
ehheh...

apa.>?? nk tgk pic diorg hmmm.....
tgu next entry k...

apa..??

nk jgk entry kali nie..???

ok lah....tgk lah...hmmm....

mempersembahkan...ruby n zun.......

Dalam Kenangan

masa berlalu ngan begitu pastas sekali.......
selepas 1 ,1,1,1 perkara berlaku..
adoyai...bila mengenangkan nasib.....
sedih ...
tp semuanya adalah ketentuan takdir...
setiap yg hidup pasti akan menemui ajal......
life must be go on.....
........
kalu la masa blh berputar kmbali,
aku nk habiskan sisa2 hidupku ngan diorg.......
trasa masih blom cukup aku mengasihi diorg,membanggakan diorg......
tp semuanya hnya tinggal knangan...
apa yg termampu adalah.....

AL-FATIHAH.......

THE BEST PERFORMANCE SONG OF DATUK SITI NURHALIZA OPENING AJL2009